KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Tuesday, April 27, 2010

Program Seminar Menghadapi UPSR 2010

18hb April 2010 Ahad
Tahniah kepada Penganjur: Jawatankuasa Penyelaras RT Zon 4 Daerah Seremban dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Seremban dan Cerdik Publications (M) Sdn.Bhd. kerna telah berjaya menjayakan Program Seminar Menghadapi UPSR di Dewan Sekolah Menengah Seri Pagi, Senawang.

Penyertaan sebanyak RM20.00 adalah cukup berbaloi untuk pelajar mengambil peluang untuk menimba ilmu dan meningkatkan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran yang akan di ambil nanti.

Subjek tumpuan adalah:
1. Matematik
2. Bahasa Melayu
3. Sains
4. Bahasa Inggeris

Perasmian dan Penutup oleh Pengarah Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional.

Tahniah dan terima kasih di atas usaha gigih En.Zulkifli Muhamed selaku Setiausaha Penganjur program tersebut. Sesungguhnya usaha ini amat bererti bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi UPSR bagi tahun 2010.

Berikut adalah foto yang sempat di ambil:

Mesyuarat Agong Surau Taman Jasmin 2010


Sila rujuk: http://surautamanjasmin.blogspot.com

GANGGUAN BEKALAN AIR

GANGGUAN BEKALAN AIR BERMULA JAM 9:00PM ~ 06:00AM pada hari ini 27hb April 2010 di sekitar senawang, seremban, ampangan, rahang, seremban jaya, tmn tuanku jaafar, paroi dan kawasan berdekatan.

Sila buat persiapan dan maklumkan kepada semua jiran-jiran ye.

Sunday, April 18, 2010

Majlis Penyampaian Dana

16hb April 2010 | Jumaat | 9:30am
Saya bersama En.Azli (Bendahari) telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Penyampai Dana yang disampaikan Oleh YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin bertempat di Dewan Seri Rembau. Beliau telah sudi menghulurkan sumbangan sebanyak RM1000.00 untuk tabung KRT. Jutaan terima kasih kepada beliau. Diharap dengan sumbangan tersebut mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

Selesai majlis saya telah bertemu, bersalaman dan sempat menyuarakan tentang permohonan bagi menyediakan Gelanggang Pelbagaiguna untuk penduduk Taman Jasmin dan beliau sendiri telah mengetahuinya dan telah menyuarakan bahawa akan membantu menyediakan bangunan balairaya dan gelanggang tersebut di dalam projek RMK10 pada dasarnya beliau telah memberikan 'lampu hijau' untuk melaksanakan permohonan tersebut.
Saya berharap agar permohonan tersebut dapat diluluskan dan berjaya.
 Ucapan JutaanTerima Kasih di atas perhatian dan sokongan dari 
Yang Berhormat Tuan Haji Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau)

Thursday, April 15, 2010

Ziarah Pesakit Strok

Khamis 15hb April 2010.
Kira-kira jam 08:30pm saya didatangi seorang suri rumah dari Lorong 4 Taman Jasmin yang ingin mendapatkan sokongan bagi pihak ibunya untuk permohonan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ibu kepada Pn.Siti Hawa yang kini terlantar sakit Strok di rumahnya tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota badan sebelah kiri dan memerlukan bantuan bagi meringankan beban yang sedang ditanggung.

Foto 1

Saya bersama-sama jawatankuasa KRT seramai 6 orang telah menziarah makcik Sadiah yang berusia 80an dan berbual dengan makcik serta keluarganya bertanyakan keadaan dan kesusahan yang sedang dialami mereka. Di samping itu kami juga memberikan kata-kata semangat serta cuba membantu dengan memberikan panduan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu kesulitan. 

Foto 2

Saya selaku Pengerusi KRT Taman Jasmin (Fasa1) dan juga ahli jawatankuasa yang hadir berharap dengan ulasan sokongan yang dicatitkan di dalam borang permohonan tersebut dapat dihulurkan dengan sewajarnya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban makcik Sadiah dan keluarga.

Sumbangan peribadi dari semua jawatankuasa KRT Taman Jasmin yang menziarah telah dihulurkan.

Jawatankuasa KRT yang turut menziarah ialah:
1. En.Arfian (Pengerusi),
2. En.Ramadzan (Pen.Setiausaha),
3. En.Ashadi(AJK), 
4. En.Wahab(AJK), 
5. En.Johari(AJK) dan 
6. En.Samsuri(AJK)

Foto 3

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi Pengerusi KRT Taman Jasmin untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan menghulurkan bantuan.

Sekian. Terima kasih.

Friday, April 2, 2010

Majlis MauliduRasul Taman Satria

02hb April 2010 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Taman Satria, Senawang Tahun 1431H/2010M. Bermula jam 6.30 petang di Suaru Al-Hamim Taman Satria, Senawang. Dihadiri oleh Tetamu Kehormat YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Ketua UMNO Bahagian Rembau). Jemputan amat menggalakkan dan meriah.Progam ini adalah kerjasama Penyelaras KRT Zone4.

Bermula dengan ucapan oleh En.Mohd Ghazali bin Abd.Wahid selaku Ketua UMNO Cawangan Taman Satria. Ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan. Ceramah Maulidur Rasul oleh Y.Berbahagia Ustaz Norazman Bin Amat iaitu Ketua Kaunselor Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan D.K.

Seterusnya penyampaian Sumbangan UPSR/PMR/SPM Tahun 2009, Tokoh Maulidur Rasul Taman Satria dan Cenderahati. Kemudian bersolat Isyak berjemaah.

Alhamdulillah majlis tersebut telah berjalan lancar dan ucapan Tahniah kepada penganjur, semua yang terlibat serta semua yang hadir.

Saya berkesempatan bersuamuka bertemu Pengarah Jabatan Perpaduan, Ketua Penyelasas Zone4, Pengerusi-pengerusi KRT dan seterusnya bertemu dan bersalaman dengan YAB Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dengan harapan KRT Taman Jasmin dapat bekerjasama dengan KRT lain dalam pelbagai program di masa akan datang.Insya-Allah.