KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Sunday, August 22, 2010

Program Kacau Dodol


KRT Taman Jasmin telah dijemput untuk menyertai Program Semarak Merdeka - Mari Mengacau Penganan (Dodol) anjuran KRT Tmn Desa Dahlia. Kami telah menghantar beberapa orang peserta untuk menyertai program tersebut yang telah diadakan pada 22hb Ogos 2010 bermula jam 7.30pagi. Program telah dirasmikan oleh Exco Perpaduan.
Kehadiran melibatkan KRT berhampiran, PDRM, Jbtn Perpaduan dan Kumpulan Bermotor Berkuasa Tinggi turut memeriahkan program. Kami kagum dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta. Walaupun sedang berpuasa tetapi tetap bersemangat untuk mengacau dodol. Program juga dihadiri oleh kaum Cina, India, Singh dan program ini telah berjaya menerapkan semangat 1Malaysia.
Program tamat kira-kira jam 2 petang.

Peserta dari Taman Jasmin:
1. Arfian
2. Wahab
3. Samsuri
4. Norazman
5. Mohd Shamsul
6. Hamzah
7. Ashadi
8. Man
9. Wan
10. Norhayati
11. Ita
12. Fauziah
13. Norli
14. Amnah
(gambar-gambar akan disertakan kemudian)....

Sunday, August 8, 2010

Tanah Runtuh Di Lorong 8

Dilaporkan berlaku tanah runtuh kecil berlaku di bahagian longkang sebuah rumah 'end Lot' di lorong 8. laporan kepada pihak berkenaan telah dilakukan.

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan laporan.

MAJLIS TAHLIL & BACAAN DOA SELAMAT

Syukur alhamdulillah sambutan majlis sungguh menggalakkan. Cadangan Jawatankuasa KRT iaitu En.Azman(Lrg 5) untuk mengadakan majlis menyambut kedatangan bulan Ramadan berjaya dengan lancarnya. 3 hari persiapan dilakukan tanpa halangan. Ramai yang turun memberikan kerja sama.

KRT bekerjasama dengan Jawatankuasa Surau Taman Jasmin yang dipengerusikan oleh En. Azman untuk menjayakan program yang julung kali diadakan di Taman Jasmin.

Kehadiran lebih kurang 150 orang termasuk kanak-kanak cukup membanggakan kerana ini adalah program keagamaan. Diharap kita dapat jadikan sebagai program tahunan.

Kebetulan saudara kita yang baru saja kehilangan seorang anak kecil yang telah meninggal dunia baru-baru ini, agenda program ditambah dengan bacaan Yasin beramai-ramai.

Persiapan:
1. 2 buah kemah dan 4 buah meja
2. Nasi Ayam, Air Teh'O' panas dan sejuk
3. Sound sistem ( kerjasama En.Samsuri )
4. Karpet, Sejadah dan Microfon dipinjamkan oleh pihak Surau Taman Jasmin

* Terima kasih kepada En.Ismail dan En.Musa kerana sudi memberi bantuan lori untuk mengangkut semua peralatan.

Tarikh: 07hb Ogos 2010
Masa: Bermula dengan Solat Maghrib
Tempat: Gelanggang Sepak Takraw
Turut diundang: En.Zubir (Pen.Pegawai Perpaduan Daerah Seremban)

Agenda majlis:
1. Persiapan majlis bermula jam 5 petang
2. Solat maghrib (Imam: En.Hafiz)
3. Ucapan dari Pengerusi Surau
4. Bacaan Yasin
5. Tahlil
6. Bacaan Doa Selamat
7. Ucapan Pengerusi Surau dan Pengerusi KRT
8. Solat Isyak (Imam: En.Azman)
9. Jamuan makan
...bersurai

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis.
(gambar tidak dapat disertakan kerana tidak ada kesempatan)

Thursday, August 5, 2010

Kes Kematian

Dimaklumkan bahawa anak kecil En.Md.Zain (no.245 Lrg 5) yang berusia baru 2 bulan telah meninggal dunia awal pagi tadi. Jenazah tiba dari hospital kira-kita jam 11.15 pagi. Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang jumaat nanti di Tanah Perkuburan Senawang.

Pihak KRT telah bergotong-royong memasang kemah untuk kemudahan En.Md.Zain sekeluarga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Terima kasih kepada semua (kira-kira 15 orang) yang telah memberi kerjasama.

Majlis Tahlil dan Bacaan Doa Selamat