KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Wednesday, March 17, 2010

Kes Kemalangan, Kematian dan Samun

Taman Jasmin 17hb Mac 2010 (Rabu).
KES 1
Satu lagi kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di SIMPANG 3 TAMAN JASMIN & FLAT PPRT kira-kira jam 7.40 pagi di mana dilaporkan seorang mengalami kecederaan patah kaki.Penduduk telah menghubungi ambulan untuk menguruskan mangsa kemalangan.

KES 2
Dilaporkan juga ada satu kematian di lorong 4 di mana Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya. Pihak keluarga telah menguruskan jenazah dan disembahyangkan di Surau Taman Jasmin. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang.

KES 3
Dilaporkan terdapat kes samun di siang hari melibatkan warga asing di kawasan Taman Jasmin. Dikatakan 2 penyamun bermotosikal melakukan jenayah tersebut di siang hari dengan selamba memasuki rumah warga asing dan terus merampas apa sahaja yang dikehendaki. 

Mohon kerjasama penduduk untuk memerhati apa jua tingkah laku atau perbuatan yang mencurigakan sesiapa sahaja yang memasuki kawasan perumahan kita. Pastikan anda membuat laporan kepada jiran terdekat ataupun hubungi 013 6767 049 untuk tindakan susulan jika perlu atau terus menghubungi Balai Polis Senawang 06-679 2222. Kerjasama semua penduduk menjamin keselamatan semua pihak.