KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Tuesday, July 27, 2010

Mesyuarat KRT

Satu mesyuarat bersama AJK KRT Taman Jasmin akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh: 28hb Julai 2010 (Rabu)
Masa: 08:45 malam
Tempat: Tadika Perpaduan Taman Jasmin

Semua AJK diWAJIBkan hadir.
Notis mesyuarat telah pun diedarkan.
Sekian.

* Jemputan Khas: En.Zubir (Pen.Pegawai Perpaduan Daerah Seremban)

Pengerusi KRT Taman Jasmin.

Tuesday, July 20, 2010

Sambutan Hari Lahir Tadika Perpaduan

Saya telah meluangkan masa bersama Cikgu-cikgu dan penjaga untuk meraikan Sambutan Hari Lahir anak-anak Tadika Perpaduan di KFC Seremban. Dengan kehadiran warga Jabatan Perpaduan turut memeriahkan majlis. Anak-anak ini terus dihiburkan dengan maskot KFC yang kelakar dan mencuit hati semua yang hadir. Ternyata semua gembira. Tahniah buat cikgu-cikgu serta semua yang hadir.

Berikut adalah beberapa foto yang diambil oleh RfianFoto:
aksi maskot penuh gaya....

Tanah Runtuh Jalan dari Kilang ON ke Surau Tmn Jasmin

Tanah runtuh berlaku di jalan dari kilang ON ke Surau Taman Jasmin yang mengakibatkan sebahagian jalan turut runtuh. Pihak MPS telah dimaklumkan dan kini sedang berusaha untuk berbincang dengan pihak kontrak untuk membaikpulih jalan dan longkang besar tersebut. Penduduk berharap agar tindakan segera diambil bagi jalan dibuka semula untuk kenderaan. Nantikan siaran akhbar akan datang.

Berikut adalah beberapa foto yang diambil oleh RfianFoto:
En.Fadhil menunjukkan kesan tanah runtuh yang teruk dan membimbangkan penduduk berdekatan.

Harap bersabar kepada semua pengguna dan penduduk yang terganggu  akibat jalan pintas di hadapan rumah masing-masing dengan jumlah kenderaan yang sesak setiap hari.

Monday, July 19, 2010

Jejak Misteri-Menjejak Kuburan Lama

Dikatakan terdapat 2 buah kuburan lama yang terdapat di tengah-tengah bukit yang kini sedang ditarah untuk tujuan perumahan. Usahasama Surau dan KRT cuba mendapatkan kepastian dan membuat tinjauan ke lokasi berkenaan dan telah bertemu dengan 2 busut yang mungkin ini yang dikatakan oleh segelintir penduduk adalah kuburan lama. Walaubagaimanapun kita akan cuba siasat kebenarannya dengan bantuan mereka yang lebih mahir.

Berikut adalah foto yang diambil oleh RfianFoto:

Tuesday, July 13, 2010

Buku Program

Design by Rfian

Program Sambutan Israk Mikraj 2010

Semua dijemput hadir.

COMBI

COMBI Taman Jasmin telah ditubuhkan pada 15hb Mei 2010.

Minit mesyuarat:
Tarikh: 15hb Mei 2010
Masa: 09:30pm
Tempat: Pondok di gelanggang sepak takraw
Perkara: Penubuhan COMBI Taman Jasmin dengan kerjasama Jabatan Kesihatan.

Makluman dari Jabatan Kesihatan:
1. 3 kes denggi berlaku yang telah menyebabkan kematian.
2. Penubuhan COMBI perlu melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha sahaja.
3. Minta kerjasama penduduk untuk gunakan 10 minit bagi mencegah denggi.
4. Pihak Jabatan akan membantu  100% adalam apa jua aktiviti berkaitan dengan COMBI
5. Boleh mendapat maklumat secara terus dari Jabatan Kesihatan.
6. Latihan diberikan oleh pihak Jabatan jika perlu.

- Cadangan penubuhan dipersetujui oleh ahli mesyuarat.
- En.Hussaini mencadangkan En.Arfian sebagai Pengerusi COMBI dan disokong oleh En.Ashadi dan semua yang hadir.
- En.Arfian mencadangkan En.Ramadzan sebagai Timbalan Pengerusi dan disokong sebulat suara.
- En.Ramadzan mencadangkan En.Ashadi sebagai Setiausaha dan disokong sebulat suara.


Pengerusi: En.Arfian
Timbalan Pengerusi: En.Ramadzan
Setiausaha: En.Ashadi

Ahli Jawatankuasa:
1. En.Rizal
2. En.Shamsul Akmar
3. En.Johari
4. En.Azmi
5. En.Samsul Anuar
6. En.Abdul Wahab
7. En.Mohamad
8. En.Ismail
9. En.Samsuri
10. En.Wan

PIhak Jabatan Kesihatan mengucapkan Tahniah dan berharap agar dapat bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Bersurai jam 10:40pm

Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia

Mohon maaf pada semua, jadual terlalu padat untuk update blog. Setakat ini KRT masih bergerak secara kecil-kecilan antaranya:

1. Berkenalan dan beramah mesra dengan jiran-jiran yang belum dikenali atau belum pernah bersua muka.
2. Melaporkan kerosakan dan masalah pada pihak berkuasa.
3. Berkomunikasi dengan Pengerusi Surau Taman Jasmin.
4. Menghadiri Mesyuarat KRT Zon 4 & Program yang dianjurkan.
5. Menghadiri Mesyuarat Agong & Program Surau Taman Jasmin
6. Mengenalpasti warga OKU dan Ibu Tunggal.
7. Melawat penduduk yang menghadapi masalah kesihatan.
8. Membantu penduduk dalam kecemasan. Contoh: Kemalangan.
9. Bertemu Anggota Polis yang mengetuai untuk mengawasi kawasan Taman Jasmin.
10. Bergotong-royong membersihkan kawasan gelanggang sepak takraw.
11. Dilantik selaku Pengerusi Buku Program bagi Program Jamuan Makan Peringkat Daeran Seremban, Anjuran KRT Dun Paroi & Dun Rantau pada 28hb Jun 2010 tempoh hari.
12. Menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir Tadika Perpaduan di KFC Seremban.
13. Mengadakan Tayangan Scrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia pd 12hb Julai 2010. Penyertaan kira2 40 org. Permit diluluskan oleh Ketua Balai Polis Seremban2 melalui Balai Senawang. Jamuan disediakan.(program ini bukanlah anjuran KRT).

Insya-Allah setiap kelemahan akan diperbaiki dan setiap kemajuan dirasai bersama. Sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat dialukan. Terima kasih.

-Pengerusi KRT Taman Jasmin.-