KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Monday, April 18, 2011

Mesyuarat Pertama(1) SRS

Sabtu, 16hb April 2011.
Mesyuarat pertama SRS telah diadakan pada hari tersebut bagi membentang dan membincangkan status terkini Skim Rondaan Sukarela Taman Jasmin. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah:

    - memaklumkan telah menerima Surat Kelulusan dan Sijil Skim Rondaan Sukarela Taman Jasmin.
    - memaklumkan kawasan rondaan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
    - penyediaan kad kuasa
    - mencadangkan aktiviti SRS
    - pendaftaran ahli baru
    - rombakan jadual bertugas
    - memohon peruntukan untuk aktiviti SRS
    - mencadangkan tapak sementara pembinaan pondok SRS
    - mencadangkan aduan dibuat kepada pihak berkuasa tentang masalah keselamatan

Lain-lain:
    - gotong-royong membersihkan kawasan tapak lapang sebelah pencawang TNB di lorong 4 & 5 pada 24hb April 2011 (Ahad)

Kecederaan-Tersimbah Air Panas

Monday, April 4, 2011

MPS Turun Padang

Semalam 04 April 2011 kira-kira jam 5.30ptg KRT telah dikunjungi oleh Majlis Perbandaran Seremban yang hadir seramai lebih kurang 10 orang bagi melaksanakan Program Turun Padang bagi melihat sendiri kawasan dan lokasi yang menghadapi masalah. Antara tumpuan yang perlu dititikberatkan atau diperpaiki adalah:

1. Longkang 2.Lampu 3.Jalan 4.Kebersihan 5. Tanah Runtuh 6. Keselamatan 7.Tapak Permainan 8.Gangguan anjing 9.Pokok yang rendang dan lain-lain.

Dengan adanya program seperti ini pihak KRT dapat secara terus mengadu masalah sebenar yang ditanggung oleh Taman Jasmin, Senawang. Kami berharap segala laporan yang telah direkodkan akan dapat diselesaikan dengan kemampuan pihak MPS.

Penduduk amat berharap agar pihak MPS mampu untuk memastikan keindahan Taman Jasmin sepertimana yang dikehendaki.

Terima kasih.

Turut hadir:
1. En. Mohd Arfian Ahmad (Pengerusi KRT)
2. En.Sani Bin Ali (Setiausaha KRT)
3. En.Ashadi Bin Kadir (AJK KRT)

Wednesday, March 30, 2011

Majlis Perkahwinan

Satu majlis perkahwinan anak kepada saudara Ismail iaitu Su & Sham, beralamat di Jalan Jasmin 5/1, Taman Jasmin telah dijayakan dengan hasil kerjasama penduduk yang telah sama-sama menguruskan urusan kenduri tersebut. Terima kasih kepada semua yang telah membantu..


 

Thursday, February 10, 2011

Surau Tambahan

 Suatu ketika dulu tapak ini menjadi tumpuan kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk beriadah dan bersukan malahan tapak ini juga menjadi lokasi KRT melaksanakan pelbagai aktiviti bersama penduduk. Kami telah berusaha untuk memohon Gelanggang Pelbagai Guna di sini tetapi hingga kini tiada jawapan. Peminat takraw telah mengeluarkan duit sendiri untuk menambak simen bagi tujuan membaiki gelanggang. Hampir setiap petang ramai berkumpul di sini. Malangnya tanpa berbincang, bertanya dan menghormati mereka yang telah menggunakan, membaiki dan menjaga tapak di atas, ada individu cuba mengambil kesempatan untuk mendirikan SURAU TAMBAHAN sedangkan Taman Jasmin telahpun ada didirikan sebuah surau. Sila lihat gambar di bawah:


Surau Taman Jasmin sedia ada .

APA PENDAPAT ANDA, TIADA KELULUSAN, TIADA MAKLUMAN, TIADA PERBINCANGAN...WAJARKAH?

1. Setujukah anda dibina satu lagi surau di sini?
2. Apakah cadangan anda jika tidak bersetuju?

UPDATED:
Hasil mesyuarat yang telah diadakan pada Isnin, 28 Mac 2011 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Agama Islam, Seremban telah memutuskan agar projek pembinaan surau tambahan tersebut diberhentikan serta-merta. Ini adalah kerana STATUS TANAH MASIH LAGI DI BAWAH KUASA PEMAJU dan tidak boleh dibina sebarang bangunan kekal di tapak tersebut. Untuk itu pihak Jabatan Tanah telah mengesahkan bahawa sebarang permohonan akan ditolak atau digantung atas sebab yang dinyatakan. Pihak Jabatan Agama Islam Seremban juga menyarankan agar Surau Taman Jasmin yang sedia ada sekarang agar dapat membuat permohonan baru untuk ditukarkan dari sementara kepada kekal. Sehubungan dengan itu pihak KRT tetap risau akan tahap keselamatan di tapak pembinaan tersebut, tindakan susulan pihak berkenaan amatlah dialukan.


Skim Rondaan Sukarela

Penubuhan Pasukan Skim Rondaan Sukarela Taman Jasmin Fasa 1

 

Sukaneka 01.01.2011

 Peraduan Mewarna
 Larian Tempurung Kelapa
 Tipu Tepung Cari Gula-gula
 Pusing Kerusi
 Acara Untuk Kaum Ibu
 Terima kasih atas kerjasama En.Zubir (JPINNS), Pengerusi Surau Tmn Jasmin dan semua yang hadir.
 Ucapan dari En.Zubir
Penyampaian Hadiah

Sukaneka yang telah berlangsung pada 01.01.2011. Dengan Kerjasama KRT, SRS dan COMBI.

Foto oleh: En.Ramadzan