KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Wednesday, September 1, 2010

Salam Aidilfitri

Dikesempatan ini saya selaku Pengerusi KRT Taman Jasmin ingin memohon maaf di atas salah dan silap yang mungkin tidak disengajakan ketika kita pernah bersama-sama bergelak ketawa dan bergurau di mana jua. 

Saya amat berharap semua penduduk Taman Jasmin mengambil tindakan berjaga-jaga di musim perayaan ini. Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda ingin meninggalkan kediaman dalam tempoh yang agak lama. Pastikan pintu berkunci dan jangan tinggalkan barang berharga di rumah dan berhati-hatilah di mana jua anda berada demi keselamatan diri dan orang yang disayangi. Hati-hati memandu.

Kepada mereka yang beraya di Taman Jasmin, kerjasama anda amat diperlukan dan berkat pemerhatian anda terhadap kejiranan mungkin mampu menyelamatkan sesuatu yang berharga. Jadi perhatikan apa yang berlaku berhampiran rumah anda dan rumah jiran anda. Jika berlaku sesuatu yang mencurigakan sila hubungi pihak berkuasa dengan segera.

No. Talian BALAI SENAWANG : 06-6792222

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2010. Moga keriangan menemani anda di hari yang mulia.

Maaf Zahir dan Batin.