KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Monday, April 18, 2011

Mesyuarat Pertama(1) SRS

Sabtu, 16hb April 2011.
Mesyuarat pertama SRS telah diadakan pada hari tersebut bagi membentang dan membincangkan status terkini Skim Rondaan Sukarela Taman Jasmin. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah:

    - memaklumkan telah menerima Surat Kelulusan dan Sijil Skim Rondaan Sukarela Taman Jasmin.
    - memaklumkan kawasan rondaan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
    - penyediaan kad kuasa
    - mencadangkan aktiviti SRS
    - pendaftaran ahli baru
    - rombakan jadual bertugas
    - memohon peruntukan untuk aktiviti SRS
    - mencadangkan tapak sementara pembinaan pondok SRS
    - mencadangkan aduan dibuat kepada pihak berkuasa tentang masalah keselamatan

Lain-lain:
    - gotong-royong membersihkan kawasan tapak lapang sebelah pencawang TNB di lorong 4 & 5 pada 24hb April 2011 (Ahad)

Kecederaan-Tersimbah Air Panas

Monday, April 4, 2011

MPS Turun Padang

Semalam 04 April 2011 kira-kira jam 5.30ptg KRT telah dikunjungi oleh Majlis Perbandaran Seremban yang hadir seramai lebih kurang 10 orang bagi melaksanakan Program Turun Padang bagi melihat sendiri kawasan dan lokasi yang menghadapi masalah. Antara tumpuan yang perlu dititikberatkan atau diperpaiki adalah:

1. Longkang 2.Lampu 3.Jalan 4.Kebersihan 5. Tanah Runtuh 6. Keselamatan 7.Tapak Permainan 8.Gangguan anjing 9.Pokok yang rendang dan lain-lain.

Dengan adanya program seperti ini pihak KRT dapat secara terus mengadu masalah sebenar yang ditanggung oleh Taman Jasmin, Senawang. Kami berharap segala laporan yang telah direkodkan akan dapat diselesaikan dengan kemampuan pihak MPS.

Penduduk amat berharap agar pihak MPS mampu untuk memastikan keindahan Taman Jasmin sepertimana yang dikehendaki.

Terima kasih.

Turut hadir:
1. En. Mohd Arfian Ahmad (Pengerusi KRT)
2. En.Sani Bin Ali (Setiausaha KRT)
3. En.Ashadi Bin Kadir (AJK KRT)

Wednesday, March 30, 2011

Majlis Perkahwinan

Satu majlis perkahwinan anak kepada saudara Ismail iaitu Su & Sham, beralamat di Jalan Jasmin 5/1, Taman Jasmin telah dijayakan dengan hasil kerjasama penduduk yang telah sama-sama menguruskan urusan kenduri tersebut. Terima kasih kepada semua yang telah membantu..


 

Thursday, February 10, 2011

Surau Tambahan

 Suatu ketika dulu tapak ini menjadi tumpuan kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk beriadah dan bersukan malahan tapak ini juga menjadi lokasi KRT melaksanakan pelbagai aktiviti bersama penduduk. Kami telah berusaha untuk memohon Gelanggang Pelbagai Guna di sini tetapi hingga kini tiada jawapan. Peminat takraw telah mengeluarkan duit sendiri untuk menambak simen bagi tujuan membaiki gelanggang. Hampir setiap petang ramai berkumpul di sini. Malangnya tanpa berbincang, bertanya dan menghormati mereka yang telah menggunakan, membaiki dan menjaga tapak di atas, ada individu cuba mengambil kesempatan untuk mendirikan SURAU TAMBAHAN sedangkan Taman Jasmin telahpun ada didirikan sebuah surau. Sila lihat gambar di bawah:


Surau Taman Jasmin sedia ada .

APA PENDAPAT ANDA, TIADA KELULUSAN, TIADA MAKLUMAN, TIADA PERBINCANGAN...WAJARKAH?

1. Setujukah anda dibina satu lagi surau di sini?
2. Apakah cadangan anda jika tidak bersetuju?

UPDATED:
Hasil mesyuarat yang telah diadakan pada Isnin, 28 Mac 2011 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Agama Islam, Seremban telah memutuskan agar projek pembinaan surau tambahan tersebut diberhentikan serta-merta. Ini adalah kerana STATUS TANAH MASIH LAGI DI BAWAH KUASA PEMAJU dan tidak boleh dibina sebarang bangunan kekal di tapak tersebut. Untuk itu pihak Jabatan Tanah telah mengesahkan bahawa sebarang permohonan akan ditolak atau digantung atas sebab yang dinyatakan. Pihak Jabatan Agama Islam Seremban juga menyarankan agar Surau Taman Jasmin yang sedia ada sekarang agar dapat membuat permohonan baru untuk ditukarkan dari sementara kepada kekal. Sehubungan dengan itu pihak KRT tetap risau akan tahap keselamatan di tapak pembinaan tersebut, tindakan susulan pihak berkenaan amatlah dialukan.


Skim Rondaan Sukarela

Penubuhan Pasukan Skim Rondaan Sukarela Taman Jasmin Fasa 1

 

Sukaneka 01.01.2011

 Peraduan Mewarna
 Larian Tempurung Kelapa
 Tipu Tepung Cari Gula-gula
 Pusing Kerusi
 Acara Untuk Kaum Ibu
 Terima kasih atas kerjasama En.Zubir (JPINNS), Pengerusi Surau Tmn Jasmin dan semua yang hadir.
 Ucapan dari En.Zubir
Penyampaian Hadiah

Sukaneka yang telah berlangsung pada 01.01.2011. Dengan Kerjasama KRT, SRS dan COMBI.

Foto oleh: En.Ramadzan

Monday, December 27, 2010

Anak-anak kita


Antara anak-anak yang bakal mengganti tempat kita. Harapan kita pada mereka. Tugas dan tanggungjawab haruslah diterap ketika kecil. Kesanlah bakat mereka dan pastikan mereka mampu menjadi warga jasmin yang bertanggungjawab terhadap ibu dan bapa, jiran tetangga dan rakan taulan.

Sunday, December 26, 2010

Foto Program Bersih Kolam Tadahan Hujan

 
 
 
 
 
TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Gotong-Royong Membersihkan Kolam Tadahan Hujan pada hari Ahad 26hb Dismber 2010. Kehadiran peserta kira-kira 30 orang yang juga disertai olah kanak-kanak dan warga asing yang tinggal berdekatan telah melancarkan program tersebut. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang telah disediakan.

Acara yang paling dinantikan adalah usaha menangkap ikan sembilang setelah air kolam tersebut dikeringkan. Ramai penduduk setempat datang menonton dan bersorak apabila cubaan menangkap ikan yang boleh dilihat cuba melarikan diri. Hasil tangkapan kira-kira 30 ekor ikan sembilang yang agak besar dibahagikan kepada mereka yang telah sama-sama bergotong-royong. Program selesai jam 6:30petang.

Wednesday, December 22, 2010

Program Bersih Kolam Tadahan Hujan

KRT Tmn Jasmin telah mencadangkan supaya diadakan gotong-royong bagi membersihkan Kolam Tadahan Hujan di persimpangan lorong 4 dan 5. Dengan kerjasama ahli SRS dan COMBI Tmn Jasmin diharap program ini berjalan dengan jayanya. Penduduk setempat dialu-alukan untuk turut serta.

Tarikh: Ahad, 26hb Disember 2010
Masa: 08:00pagi

* Sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan.

Tuesday, November 30, 2010

SRS

Salam Perpaduan, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Mohon maaf kepada semua kerana laman blog KRT agak lama tidak dikemaskini. Untuk makluman semua pihak ketika ini jadual harian saya terlalu padat untuk menguruskan pelbagai perkara, tak sempat nak update blog. Jadi hari ini saya luangkan sedikit masa untuk memberikan maklumat terkini dan ia amat penting untuk semua penduduk Taman Jasmin khasnya.

Makluman:
Kebelakangan ini kita ada dengar terdapat banyak kes berlaku di sekitar Taman Jasmin di mana antara kes yang berlaku ialah kes pecah rumah, samun, curi motor, ragut, cubaan rogol dan sebagainya. Oleh yang demikian saya amat berharap kepada semua penduduk agar berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa siang dan malam.

Kerjasama:
Semua penduduk diingatkan agar dapat memberikan kerjasama kepada jiran terdekat untuk membanteras kes jenayah. Sila laporkan kepada pihak berkenaan untuk bantuan dan makluman. Pastikan rumah anda berkunci dan jangan dedahkan barangan berharga di tempat terbuka. Harus diingat kawasan kita didiami oleh bangsa asing...sentiasalah berjaga-jaga.

Rondaan:
Sehubungan dengan itu beberapa orang AJK telah berusaha mengumpul ahli untuk sepakat menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Setakat ini skim ini telah disertai oleh 27 orang ahli. Pendaftaran kepada Jabatan Perpaduan akan dilakukan secepat mungkin. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Pengerusi KRT Taman Jasmin. Jadual rondaan akan diserahkan kepada ahli.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi KRT Taman Jasmin.

Wednesday, September 1, 2010

Salam Aidilfitri

Dikesempatan ini saya selaku Pengerusi KRT Taman Jasmin ingin memohon maaf di atas salah dan silap yang mungkin tidak disengajakan ketika kita pernah bersama-sama bergelak ketawa dan bergurau di mana jua. 

Saya amat berharap semua penduduk Taman Jasmin mengambil tindakan berjaga-jaga di musim perayaan ini. Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda ingin meninggalkan kediaman dalam tempoh yang agak lama. Pastikan pintu berkunci dan jangan tinggalkan barang berharga di rumah dan berhati-hatilah di mana jua anda berada demi keselamatan diri dan orang yang disayangi. Hati-hati memandu.

Kepada mereka yang beraya di Taman Jasmin, kerjasama anda amat diperlukan dan berkat pemerhatian anda terhadap kejiranan mungkin mampu menyelamatkan sesuatu yang berharga. Jadi perhatikan apa yang berlaku berhampiran rumah anda dan rumah jiran anda. Jika berlaku sesuatu yang mencurigakan sila hubungi pihak berkuasa dengan segera.

No. Talian BALAI SENAWANG : 06-6792222

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2010. Moga keriangan menemani anda di hari yang mulia.

Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, August 22, 2010

Program Kacau Dodol


KRT Taman Jasmin telah dijemput untuk menyertai Program Semarak Merdeka - Mari Mengacau Penganan (Dodol) anjuran KRT Tmn Desa Dahlia. Kami telah menghantar beberapa orang peserta untuk menyertai program tersebut yang telah diadakan pada 22hb Ogos 2010 bermula jam 7.30pagi. Program telah dirasmikan oleh Exco Perpaduan.
Kehadiran melibatkan KRT berhampiran, PDRM, Jbtn Perpaduan dan Kumpulan Bermotor Berkuasa Tinggi turut memeriahkan program. Kami kagum dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta. Walaupun sedang berpuasa tetapi tetap bersemangat untuk mengacau dodol. Program juga dihadiri oleh kaum Cina, India, Singh dan program ini telah berjaya menerapkan semangat 1Malaysia.
Program tamat kira-kira jam 2 petang.

Peserta dari Taman Jasmin:
1. Arfian
2. Wahab
3. Samsuri
4. Norazman
5. Mohd Shamsul
6. Hamzah
7. Ashadi
8. Man
9. Wan
10. Norhayati
11. Ita
12. Fauziah
13. Norli
14. Amnah
(gambar-gambar akan disertakan kemudian)....

Sunday, August 8, 2010

Tanah Runtuh Di Lorong 8

Dilaporkan berlaku tanah runtuh kecil berlaku di bahagian longkang sebuah rumah 'end Lot' di lorong 8. laporan kepada pihak berkenaan telah dilakukan.

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan laporan.

MAJLIS TAHLIL & BACAAN DOA SELAMAT

Syukur alhamdulillah sambutan majlis sungguh menggalakkan. Cadangan Jawatankuasa KRT iaitu En.Azman(Lrg 5) untuk mengadakan majlis menyambut kedatangan bulan Ramadan berjaya dengan lancarnya. 3 hari persiapan dilakukan tanpa halangan. Ramai yang turun memberikan kerja sama.

KRT bekerjasama dengan Jawatankuasa Surau Taman Jasmin yang dipengerusikan oleh En. Azman untuk menjayakan program yang julung kali diadakan di Taman Jasmin.

Kehadiran lebih kurang 150 orang termasuk kanak-kanak cukup membanggakan kerana ini adalah program keagamaan. Diharap kita dapat jadikan sebagai program tahunan.

Kebetulan saudara kita yang baru saja kehilangan seorang anak kecil yang telah meninggal dunia baru-baru ini, agenda program ditambah dengan bacaan Yasin beramai-ramai.

Persiapan:
1. 2 buah kemah dan 4 buah meja
2. Nasi Ayam, Air Teh'O' panas dan sejuk
3. Sound sistem ( kerjasama En.Samsuri )
4. Karpet, Sejadah dan Microfon dipinjamkan oleh pihak Surau Taman Jasmin

* Terima kasih kepada En.Ismail dan En.Musa kerana sudi memberi bantuan lori untuk mengangkut semua peralatan.

Tarikh: 07hb Ogos 2010
Masa: Bermula dengan Solat Maghrib
Tempat: Gelanggang Sepak Takraw
Turut diundang: En.Zubir (Pen.Pegawai Perpaduan Daerah Seremban)

Agenda majlis:
1. Persiapan majlis bermula jam 5 petang
2. Solat maghrib (Imam: En.Hafiz)
3. Ucapan dari Pengerusi Surau
4. Bacaan Yasin
5. Tahlil
6. Bacaan Doa Selamat
7. Ucapan Pengerusi Surau dan Pengerusi KRT
8. Solat Isyak (Imam: En.Azman)
9. Jamuan makan
...bersurai

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis.
(gambar tidak dapat disertakan kerana tidak ada kesempatan)

Thursday, August 5, 2010

Kes Kematian

Dimaklumkan bahawa anak kecil En.Md.Zain (no.245 Lrg 5) yang berusia baru 2 bulan telah meninggal dunia awal pagi tadi. Jenazah tiba dari hospital kira-kita jam 11.15 pagi. Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang jumaat nanti di Tanah Perkuburan Senawang.

Pihak KRT telah bergotong-royong memasang kemah untuk kemudahan En.Md.Zain sekeluarga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Terima kasih kepada semua (kira-kira 15 orang) yang telah memberi kerjasama.

Majlis Tahlil dan Bacaan Doa Selamat

Tuesday, July 27, 2010

Mesyuarat KRT

Satu mesyuarat bersama AJK KRT Taman Jasmin akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh: 28hb Julai 2010 (Rabu)
Masa: 08:45 malam
Tempat: Tadika Perpaduan Taman Jasmin

Semua AJK diWAJIBkan hadir.
Notis mesyuarat telah pun diedarkan.
Sekian.

* Jemputan Khas: En.Zubir (Pen.Pegawai Perpaduan Daerah Seremban)

Pengerusi KRT Taman Jasmin.

Tuesday, July 20, 2010

Sambutan Hari Lahir Tadika Perpaduan

Saya telah meluangkan masa bersama Cikgu-cikgu dan penjaga untuk meraikan Sambutan Hari Lahir anak-anak Tadika Perpaduan di KFC Seremban. Dengan kehadiran warga Jabatan Perpaduan turut memeriahkan majlis. Anak-anak ini terus dihiburkan dengan maskot KFC yang kelakar dan mencuit hati semua yang hadir. Ternyata semua gembira. Tahniah buat cikgu-cikgu serta semua yang hadir.

Berikut adalah beberapa foto yang diambil oleh RfianFoto:
aksi maskot penuh gaya....