KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Tuesday, November 30, 2010

SRS

Salam Perpaduan, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Mohon maaf kepada semua kerana laman blog KRT agak lama tidak dikemaskini. Untuk makluman semua pihak ketika ini jadual harian saya terlalu padat untuk menguruskan pelbagai perkara, tak sempat nak update blog. Jadi hari ini saya luangkan sedikit masa untuk memberikan maklumat terkini dan ia amat penting untuk semua penduduk Taman Jasmin khasnya.

Makluman:
Kebelakangan ini kita ada dengar terdapat banyak kes berlaku di sekitar Taman Jasmin di mana antara kes yang berlaku ialah kes pecah rumah, samun, curi motor, ragut, cubaan rogol dan sebagainya. Oleh yang demikian saya amat berharap kepada semua penduduk agar berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa siang dan malam.

Kerjasama:
Semua penduduk diingatkan agar dapat memberikan kerjasama kepada jiran terdekat untuk membanteras kes jenayah. Sila laporkan kepada pihak berkenaan untuk bantuan dan makluman. Pastikan rumah anda berkunci dan jangan dedahkan barangan berharga di tempat terbuka. Harus diingat kawasan kita didiami oleh bangsa asing...sentiasalah berjaga-jaga.

Rondaan:
Sehubungan dengan itu beberapa orang AJK telah berusaha mengumpul ahli untuk sepakat menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Setakat ini skim ini telah disertai oleh 27 orang ahli. Pendaftaran kepada Jabatan Perpaduan akan dilakukan secepat mungkin. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Pengerusi KRT Taman Jasmin. Jadual rondaan akan diserahkan kepada ahli.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi KRT Taman Jasmin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian tuan-puan memberikan komen di blog ini.

-Pengerusi-
(moderator)