KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Tuesday, February 23, 2010

Sambutan Maulidur Rasul di Surau Taman Jasmin

28hb Mac 2010.
Alhamdulillah segala perancangan yang telah dibuat oleh penganjur telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan luar dugaan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Pihak KRT Taman Jasmin (Fasa1) telah menyumbang sewaan sebuah kemah, 40 kerusi dan 6 meja. Terima kasih juga kepada Jawatankuasa KRT Tmn Jasmin yang turut serta dalam program tersebut dan telah menyumbangkan tenaga. Diharap dengan lancarnya perjalanan program tersebut dapat mengukuhkan hubungan baik antara Jawatankuasa KRT dan Jawatankuasa Surau Taman Jasmin. Sekian. Wasalam.

 

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Jasmin

Pihak JawatanKuasa Surau Taman Jasmin akan menganjurkan Ceramah sempena Sambutan MaulidurRasul Peringkat Taman Jasmin pada 27hb Mac 2010. Butiran adalah seperti berikut :-



Semua Dijemput Hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga majlis ini diberkati oleh Allah S..T,amin.. 
************************************************************************************
Disahkan oleh: Pemangku Pengerusi Surau Taman Jasmin- En.Azman.
Layari laman blog Surau Taman Jasmin http://surautamanjasmin.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian tuan-puan memberikan komen di blog ini.

-Pengerusi-
(moderator)