KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Sunday, February 21, 2010

Sekitar Program Gotong-royong 21hb Feb 2010

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.
Pertama sekali saya selalu Pengerusi KRT Taman Jasmin (Fasa1) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa KRT dan semua penduduk yang telah sama-sama menjayakan program gotong-royong pada kali ini. Syukur Alhamdulillah di atas sambutan yang tuan-puan berikan dan menunjukkan semangat kerjasama yang amat baik.

Dengan kerjasama beberapa pihak dalam menyumbangkan tenaga dan barangan, program tersebut dapat berjalan dengan lancar. Diharap semua penduduk dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan mampu sepakat dalam apa jua aktiviti yang akan dijalankan di masa akan datang.

Pihak KRT telah menyumbangkan Topi yang bersulam "PROGRAM GOTONG-ROYONG KRT TMN JASMIN" kepada 100 orang yang berdaftar beserta Kalendar. Diharap ini dapat menyuntik semangat bergotong-royong.

Sebarang kesulitan dan kekurangan dalam melaksanakan program ini harap dimaafkan. Ini adalah program pertama yang dianjurkan oleh KRT Taman Jasmin (Fasa1) bersama penduduk. Insya-Allah dengan bantuan dan kerjasama setiap anda yang prihatin kita mampu bekerjasama untuk menjalankan pelbagai aktiviti dengan lebih baik. Terima kasih.

* Pihak Jabatan Perpaduan Seremban dan Jabatan Kesihatan amat berpuas hati  dengan kelancaran dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.Ini menunjukkan semangat dan kesungguhan anda.
Terima kasih.

Berikut adalah sebahagian foto yang diambil:

* Senam Robik-7:30~8:30am
   Sambutan amat menggalakkan.













* Jiran Wanita dan penduduk.
   Sama-sama menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Terima kasih di atas sumbangan anda semua. Diharap hubungan dan kerjasama terus cemerlang.









* Bekerjasama.
   Penduduk, MPS dan Jawatankuasa KRT bersama-sama membersihkan kawasan. Diharap sikap ini dapat diteruskan. Terima kasih.









Jika ada sebarang pertanyaan, cadangan dan aduan sila maklumkan kepada KRT Taman Jasmin (Fasa1).

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian tuan-puan memberikan komen di blog ini.

-Pengerusi-
(moderator)