KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Tuesday, January 19, 2010

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Taman Jasmin 2010



















Terkini! - 26hb Januari 2010
Mesyuarat memutuskan dan bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM200 bagi melancarkan program Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Taman Jasmin 2010. Penyertaan masih lagi dibuka sehingga esok 27hb Januari 2010 jam 6.30 petang. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Rfian :013-6767049 atau Gmok : 017-3508224. Jika anda tidak berkesempatan untuk menyertai program kali ini, insya-Allah kita akan terus memberikan sokongan dan perhatian jika permintaan menggalakkan untuk masa akan datang.

Cadangan untuk menjemput En. Mohd Zubir Bin Hj. Md Zain bagi acara Perasmian dan Penutup terpaksa dibatalkan kerana beliau tidak dapat bersama-sama di dalam program kita atas sebab berkursus. Kami ingin berterima kasih kepada beliau di atas dorongan dan sokongan untuk melaksanakan program ini.

Dianggarkan sebanyak 10 Regu Dewasa dan 7 Regu Kanak-kanak akan bertanding. Ini adalah penyertaan yang agak baik bagi KRT Taman Jasmin. Diharap dengan sokongan dan perhatian dari setiap individu ke arah positif akan menambah semangat semua yang terlibat.

Agenda Program:
30hb Januari 2010 (Sabtu)
08:00am ~ 02:00pm   - Pendaftaran dan Pertandingan Sepak Takraw Kanak-kanak
02:00pm ~ 03:00pm  - Rehat
03:00pm                    - Pertandingan Sepak Takraw Dewasa
06:00pm                    - Rehat
__________________________________________________________________________
31hb Januari 2010 (Ahad)
08:00am                   - sambungan Pertandingan Sepak Takraw Dewasa
01:00pm ~ 02:00      - Rehat
02:00pm ~ 04:00      - sambungan Pertandingan Sepak Takraw Dewasa
                                - pertandingan separuh akhir
04:00pm                   - pertandingan akhir dan penyampaian hadiah
07:00pm                   - bersurai.

Kepada semua penduduk Taman Jasmin, datanglah beramai-ramai bersama-sama memeriahkan program dan memberi sokongan kepada regu kita. Sekian

_________________________________________________________________________
Untuk makluman Program Gotong-royong ditangguhkan sehingga 21hb Februari 2010.
_________________________________________________________________________


Cadangan
Bermula dengan pemain sepak takraw yang beraksi setiap petang menyuarakan cadangan untuk diadakan pertandingan Sepak Takraw secara tertutup disusuli pula sokongan dan perhatian dari pihak KRT Taman Jasmin untuk menjadikan program ini lebih baik, peruntukan khas telah dimohon dan disediakan bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Yuran
Setiap pemain yang pada asalnya telah bersetuju untuk menyumbang RM15.00 untuk hadiah dan minuman.
Penduduk
Kepada semua penduduk Taman Jasmin, datanglah beramai-ramai untuk sama-sama melihat, memeriahkan dan memberikan sokongan kepada peserta. Program ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk. Jadikan peluang ini untuk beramah-mesra dan menjalinkan hubungan kejiranan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian tuan-puan memberikan komen di blog ini.

-Pengerusi-
(moderator)