KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Tuesday, January 26, 2010

Taklimat Dari Ketua Polis Balai Senawang

Semalam 26hb Januari 2010 jam 9.00 malam telah diadakan satu Taklimat khas yang dianjurkan oleh pihak Polis Balai Senawang untuk semua KRT. Setiap Pengerusi KRT bagi kawasan berdekatan telah dijemput hadir.

Tujuan taklimat tersebut adalah untuk menerangkan status kes jenayah terkini dan trend penjenayah melakukan pelbagai jenis jenayah yang mengancam penduduk. Ini berikutan terdapat banyak kes antaranya Curi Motosikal, Pecah Rumah, Samun, Ragut, Bunuh, Rogol, Cabul, Rompak dan sebagainya.

Pihak Polis memohon kerjasama pihak KRT semua kawasan bersama-sama membantu dan memberikan maklumat untuk mencegah jenayah. Sasaran untuk mengurangkan 20% kes jenayah amatlah diharapkan oleh Pihak Polis. Pihak KRT diminta bersama-sama dalam membanteras kes jenayah dengan membantu membuat rondaan malam@awal pagi. Banyak kes berlaku antara jam 3:00 hingga 4:00 pagi iaitu ketika ramai penduduk sedang nyenyak tidur. Pastikan kenderaan atau individu yang mencurigakan yang berada di lokasi anda dilaporkan kepada pihak Polis untuk tindakan segera.

Pihak Polis juga akan mengadakan sessi beramah mesra bersama penduduk setempat khususnya AJK KRT dan AJK Surau@Masjid bagi tujuan merapatkan hubungan dan dapat berkomunikasi dengan lebih dekat.

Insya-Allah, pihak KRT Taman Jasmin akan membentuk satu pasukan  rondaan sukarela bagi mencegah kes jenayah. Oleh itu kami amat berharap kepada penduduk agar dapat memberikan kerjasama dan khidmat sukarela ini demi keselamatan kita bersama.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian tuan-puan memberikan komen di blog ini.

-Pengerusi-
(moderator)