KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Thursday, April 15, 2010

Ziarah Pesakit Strok

Khamis 15hb April 2010.
Kira-kira jam 08:30pm saya didatangi seorang suri rumah dari Lorong 4 Taman Jasmin yang ingin mendapatkan sokongan bagi pihak ibunya untuk permohonan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ibu kepada Pn.Siti Hawa yang kini terlantar sakit Strok di rumahnya tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota badan sebelah kiri dan memerlukan bantuan bagi meringankan beban yang sedang ditanggung.

Foto 1

Saya bersama-sama jawatankuasa KRT seramai 6 orang telah menziarah makcik Sadiah yang berusia 80an dan berbual dengan makcik serta keluarganya bertanyakan keadaan dan kesusahan yang sedang dialami mereka. Di samping itu kami juga memberikan kata-kata semangat serta cuba membantu dengan memberikan panduan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu kesulitan. 

Foto 2

Saya selaku Pengerusi KRT Taman Jasmin (Fasa1) dan juga ahli jawatankuasa yang hadir berharap dengan ulasan sokongan yang dicatitkan di dalam borang permohonan tersebut dapat dihulurkan dengan sewajarnya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban makcik Sadiah dan keluarga.

Sumbangan peribadi dari semua jawatankuasa KRT Taman Jasmin yang menziarah telah dihulurkan.

Jawatankuasa KRT yang turut menziarah ialah:
1. En.Arfian (Pengerusi),
2. En.Ramadzan (Pen.Setiausaha),
3. En.Ashadi(AJK), 
4. En.Wahab(AJK), 
5. En.Johari(AJK) dan 
6. En.Samsuri(AJK)

Foto 3

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan sila hubungi Pengerusi KRT Taman Jasmin untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan menghulurkan bantuan.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian tuan-puan memberikan komen di blog ini.

-Pengerusi-
(moderator)