KRT Taman Jasmin (Fasa 1)

KRT Taman Jasmin atau Kawasan Rukun Tetangga Taman Jasmin telah diberi peluang kepada Jawatankuasa baru bagi tempoh 2010~2011 yang dipengerusikan oleh En.Mohd Arfian Ahmad. Perlantikan semua AJK telah dilaksanakan pada 17hb Disember 2009. Harapan agar Ahli Jawatankuasa baru ini mendapat sokongan padu dari penduduk Taman Jasmin, Senawang. Kerjasama dari semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional antara penduduk pelbagai kaum di Taman Jasmin, Senawang.

Wednesday, January 27, 2010

Aduan Jalan Utama Rosak dan Tiada Garisan




Maklumbalas dari pihak MPS:
MPS/NS:D/7- E-ADUAN
0189/01/2010 - [1]
28 February 2010

KRT Tmn. Jasmin
No. 226, Jln. Jasmin 5, Tmn. Jasmin, 70450, Seremban

Tuan/Puan,
MAKLUMBALAS  ADUAN  BIL  0189/01/2010 - [1][JALAN] - JALAN ROSAK
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, sukacita dikemukakan maklumbalas terhadap aduan yang telah dibangkitkan.
2.   Dimaklumkan bahawa, Jab. Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Seremban telah mengambil maklum dan menyenaraikan kerja-kerja naiktaraf jalan di kawasan tuan untuk dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan.
MPS mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan dan sokongan tuan untuk bersama-sama menyumbang ke arah peningkatan dan perkhidmatan perbandaran yang lebih cemerlang.
Sekian.
"MENGUTAMAKAN PERKHIDMATAN SEGERA"
Saya yang menurut perintah,

(Nor Mursydah Binti Chik)Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Seremban




 

Berikutan telah berlaku dua(2) kemalangan di lokasi yang sama pihak KRT Taman Jasmin telah membuat aduan  kepada MPS untuk menaiktaraf jalan utama Taman Jasmin  dan simpang masuk ke Flat PPRT. Ketika ini MPS sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan dan bajet bagi project tersebut.


Kepada semua penduduk sila maklumkan masalah anda kepada kami bagi tujuan untuk mambantu agar kemudahan yang diberikan dapat memberi keselesaan. Penduduk disarankan agar berhati-hati ketika menyusur masuk ke simpang tersebut dan cuba sedaya upaya menjaga keselamatan diri. Sekian.

Berikut adalah contoh gambar kemalangan yang telah berlaku di simpang tersebut:


Tuesday, January 26, 2010

Taklimat Dari Ketua Polis Balai Senawang

Semalam 26hb Januari 2010 jam 9.00 malam telah diadakan satu Taklimat khas yang dianjurkan oleh pihak Polis Balai Senawang untuk semua KRT. Setiap Pengerusi KRT bagi kawasan berdekatan telah dijemput hadir.

Tujuan taklimat tersebut adalah untuk menerangkan status kes jenayah terkini dan trend penjenayah melakukan pelbagai jenis jenayah yang mengancam penduduk. Ini berikutan terdapat banyak kes antaranya Curi Motosikal, Pecah Rumah, Samun, Ragut, Bunuh, Rogol, Cabul, Rompak dan sebagainya.

Pihak Polis memohon kerjasama pihak KRT semua kawasan bersama-sama membantu dan memberikan maklumat untuk mencegah jenayah. Sasaran untuk mengurangkan 20% kes jenayah amatlah diharapkan oleh Pihak Polis. Pihak KRT diminta bersama-sama dalam membanteras kes jenayah dengan membantu membuat rondaan malam@awal pagi. Banyak kes berlaku antara jam 3:00 hingga 4:00 pagi iaitu ketika ramai penduduk sedang nyenyak tidur. Pastikan kenderaan atau individu yang mencurigakan yang berada di lokasi anda dilaporkan kepada pihak Polis untuk tindakan segera.

Pihak Polis juga akan mengadakan sessi beramah mesra bersama penduduk setempat khususnya AJK KRT dan AJK Surau@Masjid bagi tujuan merapatkan hubungan dan dapat berkomunikasi dengan lebih dekat.

Insya-Allah, pihak KRT Taman Jasmin akan membentuk satu pasukan  rondaan sukarela bagi mencegah kes jenayah. Oleh itu kami amat berharap kepada penduduk agar dapat memberikan kerjasama dan khidmat sukarela ini demi keselamatan kita bersama.

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Program

Tarikh      : 25hb Januari 2010
Masa       : 09:00pm
Tempat    : Tadika Perpaduan Taman Jasmin

Agenda:
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Perbincangan Program Sepak Takraw - Sumbangan sebanyak RM200.00.
3. Perbincangan Program Gotong-royong - Ditunda ke 21hb Februari 2010

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah hadir dan memberikan pendapat serta sokongan.
__________________________________________________________________________________
Kes Kematian
Ketika mesyuarat sedang hangat berlangsung pada jam 9.30 malam kita telah dimaklumkan ada kematian di sebuah rumah di  Lorong 1 Taman Jasmin. Jenazah ketika itu masih dalam perjalanan dari Kuala Lumpur. Mesyuarat diteruskan sementara menunggu jenazah tiba. Selesai mesyuarat semua ahli sama-sama bergerak ke rumah tersebut dan menunggu kira-kira 20minit. Dimaklumkan bahawa Allahyarham adalah seorang pelajar tingkatan 1. Beliau mengalami kecederaan akibat kemalangan. Sumbangan ikhlas individu telah dihulurkan bagi meringankan beban. Al-Fatihah.

__________________________________________________________________________________

Tuesday, January 19, 2010

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Taman Jasmin 2010



















Terkini! - 26hb Januari 2010
Mesyuarat memutuskan dan bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM200 bagi melancarkan program Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Taman Jasmin 2010. Penyertaan masih lagi dibuka sehingga esok 27hb Januari 2010 jam 6.30 petang. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Rfian :013-6767049 atau Gmok : 017-3508224. Jika anda tidak berkesempatan untuk menyertai program kali ini, insya-Allah kita akan terus memberikan sokongan dan perhatian jika permintaan menggalakkan untuk masa akan datang.

Cadangan untuk menjemput En. Mohd Zubir Bin Hj. Md Zain bagi acara Perasmian dan Penutup terpaksa dibatalkan kerana beliau tidak dapat bersama-sama di dalam program kita atas sebab berkursus. Kami ingin berterima kasih kepada beliau di atas dorongan dan sokongan untuk melaksanakan program ini.

Dianggarkan sebanyak 10 Regu Dewasa dan 7 Regu Kanak-kanak akan bertanding. Ini adalah penyertaan yang agak baik bagi KRT Taman Jasmin. Diharap dengan sokongan dan perhatian dari setiap individu ke arah positif akan menambah semangat semua yang terlibat.

Agenda Program:
30hb Januari 2010 (Sabtu)
08:00am ~ 02:00pm   - Pendaftaran dan Pertandingan Sepak Takraw Kanak-kanak
02:00pm ~ 03:00pm  - Rehat
03:00pm                    - Pertandingan Sepak Takraw Dewasa
06:00pm                    - Rehat
__________________________________________________________________________
31hb Januari 2010 (Ahad)
08:00am                   - sambungan Pertandingan Sepak Takraw Dewasa
01:00pm ~ 02:00      - Rehat
02:00pm ~ 04:00      - sambungan Pertandingan Sepak Takraw Dewasa
                                - pertandingan separuh akhir
04:00pm                   - pertandingan akhir dan penyampaian hadiah
07:00pm                   - bersurai.

Kepada semua penduduk Taman Jasmin, datanglah beramai-ramai bersama-sama memeriahkan program dan memberi sokongan kepada regu kita. Sekian

_________________________________________________________________________
Untuk makluman Program Gotong-royong ditangguhkan sehingga 21hb Februari 2010.
_________________________________________________________________________


Cadangan
Bermula dengan pemain sepak takraw yang beraksi setiap petang menyuarakan cadangan untuk diadakan pertandingan Sepak Takraw secara tertutup disusuli pula sokongan dan perhatian dari pihak KRT Taman Jasmin untuk menjadikan program ini lebih baik, peruntukan khas telah dimohon dan disediakan bagi memeriahkan lagi program tersebut.
Yuran
Setiap pemain yang pada asalnya telah bersetuju untuk menyumbang RM15.00 untuk hadiah dan minuman.
Penduduk
Kepada semua penduduk Taman Jasmin, datanglah beramai-ramai untuk sama-sama melihat, memeriahkan dan memberikan sokongan kepada peserta. Program ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk. Jadikan peluang ini untuk beramah-mesra dan menjalinkan hubungan kejiranan.

Riadah & Bersukan Setiap Petang


 1. Keadaan Tapak sebelum rumput & lalang dimesin:
- alangkah baiknya jika tapak ini dinaiktaraf. Bayangkan anak-anak kita beriadah di sini sudah tentu kita tidak risau ke mana mereka pergi kerana di sinilah tempat mereka berkumpul.











2. Keadaaan Tapak setelah rumput & lalang dimesin.
    - mesin rumput adalah kepunyaan persendirian
    - diusahakan oleh individu secara sukarela.











3. Riadah setiap petang:
- setiap petang kira-kira jam 04:30~5:00 petang kanak-kanak mendahului gelanggang untuk bersukan.











 4. Riadah setiap petang:
- aksi antara pemain dari Kelab Sepak Takraw Jasmin.













 5. Riadah setiap petang:
- kelihatan kanak-kanak seronok bermain bola jaring. Yang lelaki pun turut serta.
- tiang@palang bola jaring telah disumbangkan oleh penduduk setempat.
















* Foto oleh: Rfian

Sunday, January 17, 2010

Galeri Foto Takraw Dun Paroi


Pertandingan Sepak Takraw Dun Paroi
KRT Taman Jasmin telah menghantar 2 Regu Sepak Takraw untuk menyertai pertandingan tersebut.




SEPETANG BERSAMA PEMIMPIN
- KARNIVAL SUKAN (KSK) DUN PAROI

TARIKH: 07HB JANUARI 2010
MASA: 08:00 PAGI ~ 05:00 PETANG
TEMPAT: CENTRE COURT, PAROI

Perasmian dan Penutup oleh:
YAB DATO'  SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HASAN
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Klik Di Sini untuk lihat banyak lagi Foto


* Foto oleh: Rfian

Tuesday, January 12, 2010

Mesyuarat Pertama(1) KRT Taman Jasmin

Tarikh        : 13hb Januari 2010
Masa         : 09.00 malam
Tempat      : Tadika Perpaduan Taman Jasmin, Senawang
                   Lorong 5/1, Taman Jasmin.

Agenda mesyuarat:
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Perbincangan status KRT Taman Jasmin terkini.
3. Perbincangan Program pertama(1) yang perlu dilaksanakan.
4. Membuka cadangan bagi program-program seterusnya.
5. Hal-hal lain.

Semua ahli jawatankuasa diminta hadir ke mesyuarat tersebut. 

______________________________________________________
Mesyuarat tamat jam 10.30 malam.
______________________________________________________


* Jamuan Ringan setelah mesyuarat selesai.

* KRT Taman Jasmin memerlukan satu bangunan untuk menjalankan aktiviti antaranya mesyuarat dan perbincangan.

* Mesyuarat Pertama(1) diadakan di Tadika Perpaduan Taman Jasmin.